Oh Bola!

23:17 0 Comments

Assalamualaikum,


Kempen skuad bola sepak negara nampaknya telah pun tamat. Episod duka kini berulang kembali. Kekalahan di separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 nampaknya telah menjelaskan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam pasukan itu sendiri. Bermula dengan prestasi hambar buat skuad negara dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa sebagai persiapan untuk kejohanan ini. Ranking pasukan negara ini juga turut jatuh sedikit demi sedikit dan tidak mampu untuk naik semula untuk mencapai kegemilangan zaman dahulu.

Berikut merupakan punca-punca kemerosotan skuad negara (pada pengamatan saya) :
1. liga tempatan kurang berkesan
2. barisan pengurusan pasukan yang bertanding dalam liga yang kurang profesional
3. masih wujud pasukan negeri dan bukannya kelab "totally" profesional
4. akedemi remaja hanya tertumpu di SSBJ dan sekolah sukan negeri.
5. kurang pendedahan yang menyeluruh untuk skuad pelapis tentang "skill" dan taktikal.
6. kurangnya perlawanan persahabatan antarabangsa
7. kurang mengambil berat tentang perlawanan antarabangsa
8. wujudnya "favourite player" dalam pemilihan pemain
9. barisan pengurusan badan tertinggi bola sepak negara.
10. sikap "angkuh" dan "tidak mahu mendengar komen"
11. strategi yang sama (lapuk)
12. kekurangan  barisan pemain yang setaraf dengan pemain kebangsaan
13. dan lain-lain lagi

harap maaf jika kurang menyenangkan hati sesiapa
diharapkan komen ini dapat membantu..

~SELAMANYA MENYOKONG HARIMAU MALAYA~



boyz

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 comments: